OLAHRAGA
Latihan di Jepun akan bawa manfaat besar
Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Kassim, masih meletakkan harapan program latihan di Jepun bulan depan dapat diteruskan walaupun anak buahnya, Khairul Hafiz Jantan, belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.
Khairul Hafiz sedang menjalani rawatan susulan di Institut Sukan Negara (ISN) selepas tercedera ketika meraih pingat emas 100 meter Sukan SEA ke-29, bulan lalu.
Raja pecut Asia Tenggara itu belum pulih sepenuhnya dan terpaksa melupakan baki kejohanan musim ini.
Iklan
Namun, dia masih dapat menjalani latihan dan secara langsung berpeluang berlatih bersama jaguh muda Jepun, Abd Hakim Sani Brown, bulan depan.
"Sebagai jurulatih, saya mahukan yang terbaik untuk atlet.
"Saya harap ia dapat direalisasikan oleh pihak-pihak tertentu supaya kita menimba lebih banyak ilmu apabila berlatih di luar nanti," ujar Poad.
Ketiadaan Khairul Hafiz menyaksikan persaingan terbuka dalam Sukan Institusi Pendidikan Malaysia di Pahang, bermula 1 Oktober depan.
Must-Watch Video