Sempena Ulang Tahun Ke-19 Bandar Raya Petaling Jaya, seramai 2568 peserta dari dalam dan luar negara membanjiri Dataran MBPJ seawal pagi tadi.
Larian PJ10k yang memasuki edisi keempat ini mencipta fenomena tersendiri dengan penyertaan dari pelbagai negara antaranya 27 pelari United Kingdom, 19 India dan 11 Filipina.
Antara kategori yang ditawarkan adalah terbuka lelaki dan wanita, veteren lelaki dan wanita serta fun run dengan tiga jarak yang berbeza, 5, 10 dan 15 kilometer.
Dalam pada itu, Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon, menjelaskan ini merupakan salah satu program yang dianjurkan daripada 31 program, PJ10k juga merupakan satu platform panas badan sebelum bermulanya Half Marathon MBPJ.
"Larian ini memang sudah menjadi tradisi kami.
"Perlumbaan sempena Ulang Tahun Ke-19 Bandar Raya Petaling Jaya menjadi pemanas badan kepada Half Marathon MBPJ.
"Kami menyasarkan seramai 9,000 peserta untuk Half Marathon MBPJ," katanya.