Larian Pisompuruan Upko pada 16 September ini yang sepatutnya diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu telah diubah venue ke International Technology & Commercial Centre (ITCC) di Penampang.
Pengerusi penganjurnya, Datuk Wong Thien Fook, berkata perubahan itu terpaksa dibuat berikutan Kompleks Sukan Likas bakal digunakan sempena Hari Malaysia pada hari yang sama.
"Kami terpaksa mencari kawasan alternatif untuk larian ini dan pihak kami juga meminta maaf kepada peserta yang mengalami kesukaran berikutan perkara ini," katanya.
Berikutan perubahan venue juga, laluan larian kini bermula dari ITCC Penampang menuju ke Bulatan Sigah kemudian masuk ke Shell Kobusak menuju ke Jalan Pintas Penampang, melintasi Millenium, Plaza 333 dan kemudian balik ke ITCC untuk menamatkan larian.
Larian berkenaan mempertandingkan enam kategori, iaitu terbuka lelaki dan wanita, terbuka lelaki dan wanita veteran serta kategori lelaki dan perempuan junior.
Setakat ini, seramai 3,200 pelari telah mendaftar bagi menyertai larian berkenaan dan mereka yang telah mendaftar boleh mendapatkan pek perlumbaan di Ibu Pejabat Upko di New World, Donggongon, Penampang bermula esok hingga 9 September dari jam 9 pagi hingga 5 petang.