Pencabar baharu Liga Hoki Malaysia (LHM) sudah muncul, Matador Hockey Club, itu nama yang akan jadi duri dalam daging buat semua pasukan gergasi apabila mereka yang bakal membuat debut dalam MFL itu sah akan membariskan lapan pemain import dari Pakistan.

Dan menariknya, enam pemain daripada senarai itu merupakan pemain utama skuad hoki nasional Pakistan.

Pengurus Matador, Sarwan Singh, menyifatkan kedatangan kesemua import 'kelas A' itu adalah inisiatif penting dalam memberi pengalaman kepada barisan pemain tempatan sekaligus membantu Matador mencabar liga musim hadapan.

Sementara itu, jurulatih yang akan menerajui skuad matador, K. Yogeswaran, mengakui mereka mengambil risiko besar apabila membariskan pemain muda tempat yang kurang pengalaman.

Namun dia berharap, dua bekas pemain kebangsaan yang barisi pasukannya, iaitu Baljit Singh dan Jivan Mohan mampu membantu pemain muda menyesuaikan diri dengan pantas.