Skip to main content

Tenis

Kvitova terlalu ampuh buat Muguruza

petrakvitova-cropped_1s0ri529wuylz157mvv0cvfi09.jpg
Petra Kvitova ternyata terlalu ampuh buat pemain pilihan ketiga Terbuka Amerika Syarikat, Garbine Muguruza, apabila dia merakamkan kemenangan straight sets dalam pusingan keempat, pagi tadi.

Kvitova menafikan cabaran juara Wimbledon, Muguruza, 7-6 (7-3), 6-3 di Flushing Meadows.

Pemain pilihan ke-13 dan dua kali juara Wimbledon itu bangkit daripada ketinggalan 4-1 dalam set pembukaan untuk mengesahkan slot ke suku akhir.

Kvitova -- yang langsung tidak terkesan dengan kecederaan pergelangan tangan yang dialami apabila diserang perompak dalam rumahnya, Disember lalu -- kini akan berdepan pemain veteran, Venus Williams, yang berjaya mengetepikan cabaran Carla Suarez Navarro.

Statistik perlawanan:

WINNERS/UNFORCED ERRORS  
Kvitova - 24/42
Muguruza - 7/25

ACES/DOUBLE FAULTS  
Kvitova - 4/9
Muguruza - 0/3

BREAK POINTS WON  
Kvitova - 4/7
Muguruza - 3/12

FIRST SERVE PERCENTAGE  
Kvitova - 55
Muguruza - 65

PERCENTAGE OF POINTS WON ON FIRST/SECOND SERVE  
Kvitova - 78/38
Muguruza - 56/43

TOTAL POINTS  
Kvitova - 81
Muguruza - 67

Advertisement

Must Watch Video