Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menyasarkan kehadiran wakil 30 negara Asia untuk Kongres Tahunan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Antarabangsa (AIPS) Asia Ke-19, 27 Februari ini.
Setakat ini, 26 daripada 33 negara Asia menyatakan kesediaan untuk menghadiri kongres itu, yang julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa, yang juga Naib Presiden AIPS, menjangkakan angka itu akan terus meningkat dengan menerima lebih banyak kedatangan pengamal media dari serata negara Asia.
Kongres itu turut memberi peluang kepada pengamal media sukan untuk berkongsi cabaran yang sering dihadapi ketika ini, apatah lagi Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan Sea, 19-31 Ogos, nanti.
"Setakat ini hanya 26 penyertaan tetapi kami masih mengharapkan beberapa lagi, sekurang-kurangnya mencecah 30 negara," tambahnya.
Khawari berkata, segala persiapan yang dilakukan sejak tiga bulan lalu berjalan baik demi memastikan kelancaran kongres berkenaan.
"Daripada pengalaman saya yang melibatkan diri secara aktif dalam sukan Malaysia, kami ada sesuatu untuk ditawarkan.
"Saya merakamkan penghargaan terhadap kerja keras pasukan saya. Alhamdullilah, semuanya berada dalam landasan yang betul," tambahnya.