Skip to main content

Futsal

Kombinasi ayah, anak curi tumpuan di Karnival Futsal Milo Hidup Bola!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-08-10-180049.png
Kamarul Azman Yahaya mencuri tumpuan apabila bertanggungjawab selaku jurulatih pasukan All Star Junior di mana anaknya juga Amriel Nu'man berkelana di bawah pasukan yang sama di Karnival Futsal Milo Hidup Bola.

Kamarul Azman memulakan kariernya sebagai jurulatih separuh masa pada tahun 2018 hanya kerana anaknya berminat bermain futsal dan dalam masa yang sama tidak melupakan tanggungjawab utamanya selaku peguam.

Lebih manis apabila sokongan dan latihan yang dibeikan kepada pasukan termasuklah anaknya berjaya menyaksikan skuad All Star Junior menjuarai kejohanan pada tahun 2019.

"Pada mulanya hanya tidak meletakkan sebarang sasaran apabila menubuhkan pasukan, namun syukur berjaya menjuarai kejohanan pada tahun 2019. Beberapa anak buah sudah mula bermain di peringkat Piala Belia & Piala Presiden," katanya.

Dalam pada itu, Amriel Nu'man, pula menyifatkan hasil titik pelihnya berlatih bersama ayahnya menjadi batu loncatan terhadap karier futsalnya selepas diberi peluang ke Barcelona bersama pasukan pilihan Milo pada 2019.

"Tidak kira sesiapa juga jurulatih, kita harus hormat beliau untuk mara lebih jauh di masa hadapan." tambahnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video