Atlet gimnastik Romania, Ana Maria Barbosu, telah digantung selama dua tahun selepas melakukan tiga kesalahan berkaitan kegagalan mematuhi peraturan keberadaan (whereabouts failures) di bawah peraturan antidoping, menurut kenyataan Bahagian Antidoping Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS ADD) pada hari Rabu.
Tempoh penggantungan atlet berusia 20 tahun itu bermula dari 5 Mei 2026 -- tarikh bermulanya penggantungan sementara -- yang membolehkannya kembali beraksi pada Mei 2028, kira-kira dua bulan sebelum Sukan Olimpik Los Angeles, tertakluk kepada sebarang rayuan.
Barbosu mencabar cadangan hukuman tersebut dan memohon untuk satu pendengaran di hadapan CAS ADD, namun hakim memutuskan bahawa tiga kesalahan kegagalan mematuhi peraturan keberadaan (whereabouts failures) yang berlaku antara September dan Disember 2025 adalah sah.
Atlet yang berada dalam kumpulan ujian berdaftar diwajibkan melaporkan keberadaan diri mereka, termasuk menetapkan satu slot masa selama 60 minit setiap hari bagi membolehkan mereka dikesan untuk tujuan ujian di luar pertandingan.
CAS has partially upheld sanctions against Romania and Stanford gymnast Ana Barbosu relating to three whereabouts failures in a 12 month period. As a result, Barbosu is suspended for two years (from the start of her provisional suspension on May 5, 2026) until May 4, 2028. https://t.co/vQ5gB5zUL5
— Gymnastics Now (@Gymnastics_Now) November 4, 2026
Mana-mana kombinasi daripada tiga kesalahan -- sama ada terlepas ujian dan/atau gagal memberikan maklumat keberadaan diri -- dalam tempoh 12 bulan dianggap sebagai pelanggaran peraturan antidoping.
Hukuman standard bagi kesalahan ini ialah penggantungan selama dua tahun, bergantung kepada tahap kesalahan atlet berkenaan.
Untuk rekod, dia merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.