Klinik Netball Super League (NSL) kembali membuka tirainya dengan penganjuran lokasi pertama di Sports Arena, UNITEN Bangi sambil membawa misi untuk mencungkil bakat baharu serta memperkasakan pembangunan sukan bola jaring di Malaysia.
Dengan menawarkan pengisian latihan intensif dan bimbingan daripada jurulatih profesional, penganjuran pertama edisi kali ini berjaya meraih sambutan daripada seramai 146 peserta yang berumur lingkungan 13 hingga 17 tahun.
Program pembangunan sukan seperti ini bukan sahaja bertujuan untuk menyasarkan kecemerlangan di peringkat antarabangsa tetapi turut menggalakkan penyertaan pelbagai lapisan komuniti masyarakat secara inklusif.
Turut mencuri tumpuan, kehadiran dua peserta lelaki yang menjadi bukti untuk menepis stigma sukan bola jaring hanya mampu didominasi oleh kaum wanita sahaja.
Lebih menarik, peserta terpilih turut diberi peluang untuk berentap di atas gelanggang bersama dengan salah satu pasukan gergasi NSL, Putrajaya Dynamites dan merasai sendiri kehangatan bersaing di peringkat kebangsaan.
Klinik NSL selepas ini akan terbang lokasi pilihan seterusnya iaitu Velodrom Iskandar Puteri, Johor Bahru dan lokasi terakhir akan mengambil tempat di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) terus memperkukuhkan komitmennya dalam mempromosikan sukan sebagai antara elemen utama dalam keseimbangan pelajar sekaligus menggalas watak penting dalam menjayakan program NSL.
Kerjasama strategik bersama program anjuran Astro seperti NSL memperlihatkan lagi usaha UNITEN bukan sekadar penyediaan kemudahan sukan lengkap tetapi turut menunjukkan sokongan penuh menerusi penglibatan beberapa jurulatih profesional.
Bergerak sebagai pusat kecemerlangan sukan turut membuktikan sumbangan UNITED dalam memupuk masa depan atlet dengan penyediaan biasiswa dalaman yang diperuntukkan oleh pihak UNITEN kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan.