Skip to main content

Sukan Lain

Kiev medan gimnas lelaki negara gilap aksi

gimnastik-lelaki.jpg
Pengembaraan skuad gimnastik lelaki negara untuk mencabar penguasaan Vietnam dalam Sukan SEA Filipina akan bermula dengan kejohanan pertama mereka Mac depan.

Difahamkan, saingan Piala Antarabangsa Ukraine di Kiev pada hujung Mac depan adalah kejohanan pertama bagi skuad gimnastik lelaki sempena musim 2019.

Ini perkembangan positif susulan potongan dana yang memaksa skuad itu berjimat selain tidak hanya fokus kepada acara individu. 

Sudah pasti ini yang diperlukan gimnas seperti Jeremiah Loo yang dalam misi untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA dalam acara kuda berpelana dan Chau Jern Rong bagi mencabar barisan terbaik Asia Tenggara dalam aparatus palang tinggi.

"Misi paling penting kami adalah Sukan SEA Filipina. 

"Terlebih dahulu, kami berkemungkinan akan membuka kempen tahun ini di Kiev.

"Kami tidak boleh sekadar memberi tumpuan kepada gimnas tertentu sahaja, kami perlu berusaha secara sepasukan untuk menaikkan mutu atlet negara ini. 

"Kami menyasarkan untuk menduduki tempat ketiga teratas dalam Sukan SEA nanti," katanya. 

Sukan SEA 2019 di Filipina akan membuka tirai secara rasmi 30 November depan. 
 

Advertisement

Must Watch Video