Skip to main content

Sukan Lain

Khairul Hafiz harap insiden 'false start' tidak berulang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

11717khaitulhafizjantan.jpg
Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, mengakui terkilan tidak dapat beraksi dalam final 100 meter Kejohanan Olahraga Asia (ATF) ke-22 di Stadium Kalinga, India, Sabtu lalu.

Hafiz berharap insiden 'false start' yang menimpanya di sana tidak berulang dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang bermula Isnin ini mahupun dalam Sukan SEA bulan depan.

Dia percaya dapat melakar kejutan jika dibenarkan beraksi berdasarkan catatan masa yang memberangsangkan di peringkat separuh akhir, iaitu 10.24 saat.

"Mungkin tiada rezeki di India. Kalau ikutkan pun, bukan saya yang melakukan kesalahan itu, lorong lima yang lakukan kesalahan. 

"Tetapi nak buat macam mana, saya perlu terima keputusan itu, mungkin rezeki belum sampai lagi. Dalam Sukan SEA nanti, Insya-Allah saya boleh lakukan," katanya.

Positif mampu mengungguli acara 100m dalam Sukan SEA bulan depan, pelari berusia 19 tahun itu juga turut meletak harapan tinggi bagi acara 4x100m selepas mencatat masa 39.98s, lebih pantas berbanding dalam Terbuka Thailand, bulan lalu.

"Kami baru dapat semula rentak dalam acara itu. Catatan pun sudah baik dan kami akan perbaiki lagi," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video