Atlet bola jaring kebangsaan, Fariha Razak, berang apabila gambarnya dan skuad negara ketika memenangi salah satu kejohanan antarabangsa disunting pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat.
Dalam satu kiriman video media sosial sebentar tadi, penyampai Astro Arena itu meluahkan rasa berang dan kecewa apabila gambar skuad negara memenangi Kejuaran Asia pada 2016 disunting memaparkan Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik.
Baginya, sebagai atlet kebangsaan yang sentiasa menjunjung tinggi maruah negara, ia merupakan satu perkara yang tidak masuk akal untuk diterima.
"Siapa manusia yang tidak bertanggungjawab ini, sila buka otak anda besar-besar dan tolonglah jangan buat orang berpecah belah. Dah lah nak dekat Hari Kemerdekaan, kau boleh pula buat benda-benda macam ni," katanya.
Video penuh: