Persoalan mengenai situasi yang dihadapi pelumba berbasikal trek negara, Fadhil Mohd Zonis, sama ada akan menyertai skuad kebangsaan bagi cabaran seterusnya akhirnya terjawab.
Nama Fadhil tetap tersenarai dalam skuad berbasikal trek negara bagi menghadapi Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2019 di Velodrom Antarabangsa Jakarta yang bakal berlangsung Selasa depan.
Seluruh skuad kebangsaan akan berlepas ke Indonesia esok tatkala mereka diselubungi kebimbangan ekoran kemalangan yang menimpa Fadhil ketika sesi latihan di Velodrom Nasional Nilai, semalam.
Situasi itu menyaksikan dia mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan tetapi tidak melibatkan sebarang tulang yang patah atau retak.
Ikuti perkembangan lanjut menerusi Nadi Arena jam 5.30 petang dan 7.30 malam ini.