Skip to main content

Sukan Lain

Kem Elit Golf NJDP: Maverick Chua kagum lihat bakat pemain Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maverick.jpg
Hari kedua Kem Elit National Junior Development Programme (NJDP) MGA 2025  hari ini tampil dengan cabaran berbeza apabila semua atlet perlu menghadapi lapangan berangin bersebelahan dengan laut di Kinabalu Golf Club, Sabah.

Malah, lebih mencabar lagi mereka perlu melakukannya dalam cuaca hujan. Dengan sesi kali ini menumpukan simulasi pertandingan individu berbanding berkumpulan yang dibuat pada hari pertama.

Ia turut memberikan pengalaman berbeza kepada mereka untuk belajar mengatasi tekanan tinggi dalam pelbagai situasi pertandingan.

Dalam pada itu, pemain elit NJDP MGA, Maverick Chua, berasakan ini antara pengalaman terbaik dalam pelajari sistem baharu di kem elit ini.

"Ia satu pengalaman yang menyeronokkan dapat bermain bersama pemain Sabah, mereka juga bagus dan saya terkejut dengan teknik mereka," katanya.

Sementara itu, individu yang bertanggungjawab dalam menyusun program latihan ini, Albright Chong, sangat berpuas hati apabila semua peserta dapat menerima segala pelan yang diterapkan.

Albright juga berharap inisiatif kem latihan remaja elit seperti ini diteruskan lagi, lebih-lebih lagi di negeri Sabah.

"Mereka perlu banyak belajar, saya percaya mereka di landasan terbaik capai impian mereka. Ia tanggungjawab saya untuk melatih mereka mencapai ke tahap yang lebih baik.

"Dua hari ini Latihan mereka sangat baik, mereka sangat berbakat." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video