Skuad futsal negara membuka kempen pusingan kelayakan Piala Asia 2026 dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi pertama Kumpulan G di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan sebentar tadi.
Skuad negara menguasai penuh permainan dalam separuh masa pertama tetapi setiap percubaan digagalkan oleh penjaga gol UAE, Hamad Albaroud.
Kebuntuan itu berlarutan dalam separuh masa kedua sehinggalah Awaluddin Nawi memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan untuk menjaringkan gol kemenangan negara pada dua minit terakhir.
Malaysia seterusnya akan bertemu Bangladesh bagi aksi kedua pada Isnin ini sebelum menamatkan saingan dengan berdepan gergasi Asia, Iran, dua hari kemudian.