Selepas berjaya mengekalkan jawatan presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK), Datuk Mohd Radzuan Abdullah melaungkan keyakinan terus meletakkan Kelantan sebagai kuasa sepak takraw negara dengan melahirkan lebih ramai pemain berkualiti.
Keyakinan jelas terpancar apabila Mohd Radzuan meletakkan sasaran kepada Kelantan Warriors untuk mara ke separuh akhir Liga Sepak Takraw (STL) yang akan bermula akhir bulan ini dan menguasai beberapa siri kejohanan anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).
“Secara peribadi, saya yakin Kelantan Warriors mampu memberi saingan yang kuat dalam STL tahun ini selepas gagal mara ke separuh akhir musim lepas. Begitu juga dalam siri kejohanan anjuran PSM.
“Pembangunan akar umbi juga sentiasa menjadi perhatian saya dan melalui pengurusan yang berkesan, Kelantan akan terus kekal sebagai antara kuasa utama sepak takraw negara dan kami berazam melahirkan lebih ramai pemain berkualiti,” katanya.
Ditanya mengenai perancangan terbaharu GASTAK, Mohd Radzuan yang juga Setiausaha Agung PSM, menyifatkan sudah mempunyai perancangan tersendiri dalam memastikan pemain Kelantan sentiasa cergas untuk menyertai sebarang kejohanan musim ini.
“Insya-Allah, skuad Kelantan sudah pun menjalani latihan intensif di bawah kendalian ketua jurulatih, Mohd Rozi Abdul Rahman, dan saya yakin Kelantan Warriors pasti memberi cabaran hebat dalam STL musim ini.
“Kami juga akan terus mengenal pasti bakat baharu melalui pelbagai kejohanan peringkat dalaman yang bakal dianjurkan GASTAK,” katanya.
Untuk rekod, Mohd Radzuan berjaya mengekalkan jawatan presiden dengan menang tanpa bertanding bagi penggal 2017 hingga 2019 dalam pemilihan yang diadakan di Panji, Julai lalu.