Hari terakhir kejohanan sukan tempur peringkat kebangsaan dalam kehangatan dengan jumlah petarung dari 218 kategori menerusi enam sukan yang dipertandingkan.

Menurut Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Sabran Abdul Bahar, edisi kedua kejohanan itu sememangnya memberi nafas baru dengan penglibatan yang lebih memberangsangkan.

"Seawal usia lapan tahun menyertai kejohanan ini dan kami sangat mengalu-alukan penglibatan daripada kalangan orang muda untuk terlibat dengan sukan tempur selain mencari atlet pelapis yang akan mewakili negara nanti," katanya.

Dalam masa sama, atlet muay thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali, turut hadir untuk sesi seminar bersama atlet tempur muda yang membanjiri dewan bankuet Universiti Putra Malaysia (UPM), sekali gus memberi sokongan kepada adik perempuannya yang turut menyertai kejohanan tersebut.