Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Ragbi 7s Asia Tenggara: Skuad Bunga Raya lelaki, wanita negara mara ke pentas akhir!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Skuad Bunga Raya lelaki negara sah melangkah ke final kejohanan Kejohanan Ragbi 7s Asia Tenggara selepas menjuarai saingan peringkat Kumpulan A.

Kem Ragbi kendalian Nik Safuan memulakan kempen dengan langkah kanan menewaskan Indonesia dalam perlawanan pertama dengan kemenangan 31-0, sebelum menewaskan musuh utama Filipina dengan 24-0

Malaysia yang turun dengan gelaran juara bertahan memulakan aksi pertama tampak lebih agresif menentang Indonesia apabila meraih cubaan pertama menerusi Ammar Zamri pada minit kedua perlawanan sebelum Azwan Zuwairi mudah melakukan conversion untuk Malaysia mendahului 7-0 pada awal perlawanan.

Skuad Bunga Raya terus mendominasi perlawanan dengan mengumpul mata bagi menamatkan babak pertama 12-0







Memasuki babak kedua, Skuad Bunga Raya semakin agresif dan mendapatkan percubaan melalui Adam Arif disusuli dengan sepakan conversion Azwan Zuwairi.

Perlawanan kedua yang disangka sengit tampak mudah buat wakil negara mendominasi perlawanan menentang Filipina dengan percubaan pertama yang dibuat Ammar Zamri seawal minit kedua.

Malaysia meneruskan momemtum mereka sehingga mendahului Filipina 12-0 pada babak pertama perlawanan

Masuk babak kedua pula, Malaysia terus mendahagakan mata demi mata selepas Ahmad Zulhilmi melakukan percubaan ketiga pada minit 10 dan mudah buat Azwan Zuhairi melakukan conversion untuk menambah derita 'The Volcanous' . Malaysia terus dominasi perlawanan sehingga wisel penamat.






Menanti Malaysia di final ialah Thailand yang menjuarai Kumpulan B selepas membenam Brunei 44-0, perlawanan kedua pula mereka menewaskan Singapura dengan 19-12.

Perlawanan akhir menentang Thailand pada esok dijangka jam 12 tengah hari di Stadium Nasional Singapura.

Dalam pada itu, skuad wanita negara turut mencipta sejarah mara ke pentas akhir buat pertama kali selepas menewaskan Thailand 17-12 untuk mara ke pentas akhir, sebentar tadi.,

Advertisement

Must Watch Video