Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Pickleball Antarabangsa Skechers bakal warnai ibu kota

pickelball-skechers.jpg
Aksi persaingan bertaraf antarabangsa bakal mewarnai ibu kota di mana Kejohanan Pickleball Antarabangsa Skechers edisi 2025 secara rasmi membuka tirainya bermula Jumaat sehingga 18 Mei ini.

Dengan penyertaan dari 14 buah negara, kejohanan itu menghimpunkan barisan atlet amatur dan semi-pro berusia 19 tahun ke atas yang bersedia menampilkan aksi tersendiri dalam sukan yang kian berkembang secara global ini.

Lebih mencuri tumpuan, kejohanan itu turut mendapat suntikan aura Oimpik dengan kehadiran Chan Peng Soon, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, yang bakal turun ke gelanggang menerusi kategori beregu lelaki dan beregu campuran. 

Penyertaannya membuktikan bahawa pickleball mampu menjadi sukan peralihan yang sesuai bagi atlet profesional dari pelbagai latar belakang sukan.

Dianjurkan di lokasi ikonik Sentul Depot, acara itu juga menjadi bukti bahawa urban lifestyle dan sukan kini bergabung dalam suasana kompetitif yang santai tetapi berkelas dunia.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video