Pemegang rekod kebangsaan 400m, Umar Osman, kini merupakan pelari yang lebih sempurna demi memastikan misi utamanya untuk menghadiahkan kilauan pingat emas buat kontinjen SUKMA Johor di Sarawak, bulan depan.
Pun begitu, pelari muda itu menghormati permintaan penyokong untuk menyaksikan dirinya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri demi mengelak kecederaan serius pada fasa paling kritikal dalam kariernya itu.
Atlet berusia 20 tahun itu masih mampu melakukan catatan 46.96s dengan mempamerkan larian konsisten sejak mempelajari corak larian yang terbaharu menandakan petanda tahap kefahaman Umar semakin positif.
"Sejujurnya saya sedikit risau meskipun saya masih mempunyai baki tenaga namun, fokus utama ialah menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, kelak.
"Saya masih berhati-hati sekiranya saya menghadapi kecederaan namun, saya tetap bersyukur masih memberikan impak yang postif," katanya.