Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Terbuka Terengganu Cahya Mata: Umar Osman sedia tawan trek Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

umar.jpg
Pemegang rekod kebangsaan 400m, Umar Osman, memberi indikasi awal untuk terus memperagakan prestasi cemerlang selepas dua bulan berguru bersama jurulatih tempatan, Amir Izwan Tan Abdullah.

Laungan keyakinan pelari muda itu bersandarkan catatan yang direkodkan — 46.27s dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata, bulan lalu.

Atlet berusia 20 tahun itu mendedahkan teknik dan pendekatan yang diberikan oleh jurulatihnya semakin serasi dan memasang niat untuk terus menterjemahkan ilmu tersebut dengan membutirkan pingat emas dalam acara kegemarannya dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Terengganu Cahya Mata, esok.

Sebagai rekod, Amir Izwan juga merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan permata baru olahraga, Azeem Fahmi.

"Sepanjang saya berlatih bersama jurulatih, saya banyak mempelajari perkara baru sepanjang menimba ilmu bersamanya.

"Saya juga berjaya mendapatkan pencapaian terbaik ketika di Terbuka Malaysia baru-baru ini," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video