OLAHRAGA
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata: Shereen Samson Vallabouy pamer kelas tersendiri tawan 400m wanita
Ratu 400 meter negara, Shereen Samson Vallabouy, meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri ketika meraih pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata.
Bermula dengan baik sejak dari blok permulaan, Shereen menamatkan lariannya dengan catatan 52.45 saat untuk meninggalkan pencabar kedua, Nurul Aliah Maisarah, yang merekodkan 57.18s di Stadium Darulmakmur, Kuatan, sebentar tadi.
Dalam masa sama, atlet Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Nurul Faizah Asma yang mencatat 57.61s memungut gangsa.
Iklan
Menurut Shereen, meskipun jarak prestasi mereka jelas ketara tetapi tetap yakin atlet muda negara yang meningkat naik mampu menjanjikan prestasi yang lebih baik sekiranya dibekalkan peluang serta latihan yang secukupnya.
She’s back in ?? and grab the ?Meski bukan catatan masa yang disasarkan namun Shereen anggap ini laman terbaik sebelum ke kejohanan terbuka Kazakhstan sekaligus peluang terakhir untuk rebut slot merit ke Olimpik.@ASTROARENA pic.twitter.com/F30DfgD73c— Syifa Nasir (@syfansr) June 15, 2024
Menurutnya lagi, walaupun sasaran untuk membuat catatan 51 saat tidak berjaya direalisasikan, namun dia menganggap ini adalah peluangnya membuat persediaan sebelum menyertai Kejohanan Terbuka Kazakstan, sekali gus merebut slot secara merit ke Sukan Olimpik 2024.
Must-Watch Video