OLAHRAGA
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak: Jonah Chang pahat status raja lontar peluru
Atlet lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan, meneruskan dominasi dalam acara lontar peluru susulan kejayaan meraih pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata Sarawak sebentar tadi.
Jonah Chang meraih pingat emas pertama dalam kejohanan yang berlangsung di Kuantan dengan lontaran sejauh 17.89 meter.
Jonah Chang raih emas pertama dalam kejohanan kali ini dengan lontaran sejauh 17.89 meterSelepas semalam berjaya rangkul pingat gangsa dalam acara lempar cakera, Jonah balas dendam di acara kegemarannya ??Next, hammer throw ?⚒️@ASTROARENA pic.twitter.com/pAZARfqkpE— Syifa Nasir (@syfansr) June 15, 2024
Selepas semalam berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara lempar cakera, Jonah membalas dendam dalam acara kegemarannya.
Iklan
Pemegang rekod lontar peluru negara sejauh 18.46 meter itu gagal mengulangi pencapaian yang diraih di Terbuka Pahang, namun ia ternyata meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri.
Atas kertas, Jonah merupakan atlet kedua terbaik di rantau ASEAN ketika ini.
Ikuti laporan lanjut menerusi Nadi Weekend jam 7.30 malam.
Must-Watch Video