OLAHRAGA
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata: Nani Shahirah peroleh pingat emas, pecah rekod acara lontar peluru
Atlet lontar peluru negara, Nani Shahirah Maryata, mencipta sensasi apabila menjadi individu pertama memecahkan rekod kejohanan dalam Pertandingan Olahraga Malaysia Terbuka Cahya Mata di Stadium Darul Makmur, hari ini.
Pemenang pingat emas itu pernah mengakhiri rekod kebangsaan selama 33 tahun dan sekali lagi melakar sejarah susulan lontaran sejauh 14.99m itu menjadi catatan terbaru pertandingan tersebut.
"Saya sangat berpuas hati dapat melakukan catatan terbaik melepasi rekod sebelum ini kerana saya ingin menegaskan bahawa saya sedang bersaing dengan diri sendiri tanpa memikirkan siapa saingan saya yag lain," katanya.
Menjelang kejohanan Sukan Universti ASEAN (AUG) yang berlangsung di Surabaya, Indonesia, Nani Shahirah meletakkan sasaran ingin melepasi 15.01m sebagai impian untuk membanggakan kem kebangsaan.Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 : Atlet lontar peluru negara, Nani Sahirah memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 14.99meter sekaligus merangkul pingat emas! Tahniah ??#CAHYAMATA2024 #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/fGHvcnJbAo— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 14, 2024
Iklan
Tambahnya, "Saya akan memperbaiki tahap kemampuan saya bagi mempersiapkan diri ke AUG untuk menjelmakan impian saya memecahkan rekod kebangsaan.
Must-Watch Video