Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata: Namibia tarik diri tidak jejas kerancakan di Stadium Darulmakmur minggu ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

r-annamalai.jpg
Setiausaha Persatuan Olahraga Pahang, Datuk R. Annamalai, berkata fasiliti dan persediaan Stadium Darulmakmur menjadi faktor utama negeri itu diberi peluang untuk bertindak sebagai tuan rumah Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 selepas 25 tahun menanti.

Kurang 24 jam kempen Terbuka Malaysia disingkap, tambahnya  dengan kehadiran beberapa bintang balapan seperti Azeem Fahmi dan Shereen Samsons Vallabouy dalam kejohanan ini akan menghangatkan lagi saingan tahun ini.

"Semua rekod di atas trek ini diiktiraf dan menawarkan markah untuk atlet. 

"Contohnya Azeem Fahmi dan Shereen Samsons Vallabouy yang menjadikan kejohanan ini memburu kelayakan merit ke Sukan Olimpik Paris," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.


Dalam masa sama, meskipun pada awalnya sebanyak 10 negara termasuk Malaysia mengambil bahagian, tetapi Annamalai memaklumkan bahawa peserta Namibia menarik diri pada saat akhir atas sebab tertentu.

"Atlet dari Australia mungkin menjadi pencabar Azeem dalam 100m dan 200m lelaki. 

"Pertandingan ini juga memberi peluang kepada atlet Malaysia untuk menonjol," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video