Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata: MASUM pastikan emas 4x100m lelaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

4x100-lelaki.jpg
Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) menutup Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata dengan merangkul pingat emas 4x100m lelaki, sebentar tadi. 

Dalam aksi final di Stadium Darulmakmur itu, Terengganu dan Johor berada di kedudukan hadapan sebelum pelari terakhir MASUM memecut deras menuju ke garisan penamat dengan catatan 40.80 saat.

Dalam masa sama, kuartet Sabah menanggung malang berganda apabila pasukan lelaki dan wanitanya tersingkir akibat 'false start'. 

4x100m wanita pula menyaksikan kemenangan Johor menerusi catatan 48.56 saat.

Advertisement

Must Watch Video