Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata: Jonathan Nyepa dominasi 200m, menang pingat emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nyepa.jpg
Acara 200m yang menjadi acara utama dalam Kejohanan Olahraga Malaysia Terbuka Cahya Mata, menyaksikan pelari pecut negara, Jonathan Nyepa, menggungguli aksi tersebut dengan masa catatan masa 21.28s di Stadium Darul Makmur, hari ini.

Lebih manis, kehadiran isteri atlet berusia 28 tahun itu tampak lebih memberikan suntikan semangat buatnya untuk memperaga persembahan memukau sambil mencuri tumpuan di sana.
 
Kendatipun begitu, atlet kebangsaan itu turut mengakui bahawa saingan acara tersebut bukan satu cabaran yang mudah buatnya meskipun tiada kelibat rakan senegara, Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi untuk menumpaskan pelari muda. 

"Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan potensi yang dipamerkan meskipun pada awalnya saya tidak meletakkan sebarang hasrat untuk memperoleh pingat.

"Berkat sokongan daripada isteri saya banyak membantu untuk memberikan persembahan yang menarik walaupun tiada saingan daripada rakan senegara yang lain," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video