Majlis Sukan Sekola-Sekolah (MSS) Johor akan menyertai 22 Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dari 13 hingga 20 September ini.
Disamping itu, MSS Johor juga akan menjadi tuan rumah bagi enam jenis sukan iaitu bola sepak, bola tampar, skuasy, memanah, gimnastik artistik dan catur.
Bagi 22 kejohanan itu, seramai 760 orang murid dan 280 orang pegawai akan terlibat membawa cabaran Johor.
Persiapan pasukan MSS Johor telah bemula sejak 8 September lalu di bawah program kem kecemerlangan di venue ditetapkan.
MSS Johor juga meletakkan sasaran juara bagi lima kejohanan MSSM, iaitu bagi kejohanan bola sepak, bola tampar, ragbi, badminton dan memanah.
Penetapan sasaran itu adalah berdasarkan keupayaan Pasukan MSS Johor yang pernah mencapai pencapaian terbaik serta berdasarkan program pembangunan yang berterusan dan berfokus di pelbagai peringkat.
Muzaffar Musa
Wed Sep 11 2024