Atlet berpengalaman negara, Alia Sazana Azahari, tampil cemerlang dalam acara 25 meter air pistol wanita dalam Kejohanan Menembak Kebangsaan 2025.
Alia mengumpul 32 mata meraih untuk pingat emas sekali gus menundukkan lawannya Wan Nur Afiqah Wan Mohd Haneef dengan 25 mata.
Meskipun terpaksa mengejar mata dalam awal pusingan ekoran kondisinya yang tidak berapa sihat sejak Selasa, Alia tetap kental sehingga mampu menamatkan perlawanan dengan kedudukan podium teratas.
Begitupun, dia juga mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan dan beranggapan perlawanan yang berlangsung lebih kepada latihan baginya untuk terus fokus menghasilkan bidikan konsisten meskipun berdepan cabaran daripada aspek persediaan mental.
Dengan hasrat ingin mencuba mendapatkan kembali prestasi tembakan 44 mata sewaktu memecahkan rekod Asia pada Februari lalu, atlet berusia 34 tahun itu komited meneruskan latihan intensif yang dirancang jurulatih menjelang temasya Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.
"Setiap kejohanan adalah peluang untuk memperbaiki (prestasi), tetapi hari ini agak teruk. Tidak mengapa, ia tetap sebuah kejohanan dan saya perlu selesaikannya.
"Sasaran sama, kami akan lakukan seperti ketika sesi latihan. Jadi, saya akan ikut latihan daripada jurulatih," katanya.
Misi utama Alia pada Sukan SEA 2025 sememangnya untuk menggenggam emas dan jika berjaya memecahkan rekod Asia dimilikinya dia beranggapan itu sebagai bonus.
"Sasaran saya untuk Sukan SEA 2025 adalah memastikan diri saya dalam keadaan sentiasa sihat. Terus berlatih serta bekerja keras berbanding sebelum ini." tambahnya.

Final acara 25 meter air pistol wanita Kejohanan Menembak Kebangsaan sengit, hanya pungutun mata tipis menjarakkan tempat pertama dan kedua.
— Ainul Abd Rouf (@ainulameerul) June 28, 2025
Nak tahu siapa juara? Semuanya di Nadi Weekend malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/TpE8y669O4