Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Memanah Piala Asia: Skuad negara lakar sejarah! Raih pingat emas di bumi Singapura

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

memanah-compound.jpg
Skuad memanah compound wanita negara melakar sejarah apabila meraih pingat emas sulung di Kejohanan Piala Asia 2025 selepas mengejutkan pilihan utama, India dalam aksi final di Bukit Gombak, Singapura, sebentar tadi.

Malaysia yang diwakili Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong dan Ng Sui Kim mempamerkan kebangkitan luar biasa menewaskan India menerusi penentuan shoot-off selepas terikat 232-232 dalam empat pusingan.

Dalam aksi penentuan itu, ketiga-tiga pemanah negara menunjukkan ketenangan luar biasa apabila mengumpul 29 mata, berbanding India yang hanya mampu mencatat 26 mata.

Kejayaan itu turut menjadi suntikan semangat terbaik buat skuad negara dalam misi menghadapi cabaran lebih besar termasuk Sukan SEA 2025 di Thailand, hujung tahun ini.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video