Penerjun negara, Ooi Tze Liang terkandas di aksi separuh akhir Kejohanan Akuatik Dunia acara 3 meter papan anjal apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-14.
Tze Liang melunaskan tanggungjawab dengan melepasi aksi kelayakan dengan mata terkumpul sebanyak 383.60 cukup untuk menempah slot separuh akhir.
Permulaan yang kurang baik Tze Liang apabila percaturan darjah kesukaran 3.1 tidak menjadi -- memaksa juri beri markah antara yang terendah iaitu 62 mata menempatkan dirinya di kedudukan kedua terakhir.
Situasi tersebut menyukarkan lagi Tze Liang bangkit di terjunan kedua namun sebaik terjunan ketiga, Tze Liang mula menampakkan penambahbaikan hingga terjunan keempat apabila mencatat mata tertinggi buat dirinya iaitu sebanyak 71.75 mata dengan darjah kesukaran 3.5 menjadikan dia di kedudukan ke-14.
Momentum itu diteruskan berbaki dua lagi terjunan, namun dengan menggunakan darjah kesukaran yang rendah 3.0 tidak cukup untuk Tze Liang melonjakkan dirinya ke kedudukan yang lebih baik dan terpaksa akur di kedudukan ke-14 dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 402.40.