Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Dunia Muay Thai: Lagu Negaraku berkemundang di bumi Abu Dhabi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rifdean.jpg
Lagu Negaraku berkumandang tiga kali di Abu Dhabi susulan kejayaan skuad muay thai mencipta sensasi dalam saingan Kejohanan Dunia Muay Thai di mana Muhammad Hairie Mahmad, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dan Mohammad Rifdean Masdor dinobat juara dunia.

Masih segar dengan kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA Hanoi, Nor Iman terus membuktikan berada di kemuncak prestasi menundukkan Mehrdad Gharehtape dari Iran dengan keputusan sebulat suara.

Momentum kemenangan diteruskan Hairie Mahmad bagi saingan elit bawah 45 kilogram bawah 23 tahun -- selepas menewaskan Ahmad Al-Dhaheri sekaligus menceriakan kem negara.

Kapten skuad muay thai negara, Rifdean Masdor, mentepati ramalan menutup kempen cemerlang dengan mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya di Bangkok, Thailand tahun lalu.

Advertisement

Must Watch Video