Kebangkitan dramatik 2-1 Selangor Red Giants (SRG) mengalahkan CFU Gaming berjaya mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati Kejohanan Dunia M6 di pusat beli belah IOI City Mall, Putrajaya semalam.
Keberanian pemain handalan SRG, John Vicent Banal atau lebih dikenali sebagai Innocent, perlu diberi pujian selepas gerakannya menjadi punca utama juara dunia itu meraih kemenangan.
"Sebenarnya kami ingin fokus terhadap bertahan terlebih dahulu kerana kekurangan dua pemain.
"Tiba-tiba Innocent meluahkan hasrat untuk meneruskan kemaraan dan saya terus memberi sokongan bantu dia , sekali gus Alhamdulillah meraih kemenangan," kata pemain SRG, Muhammad Haqqullah Shahrul Zaman.
Bercakap mengenai lawan yang menanti mereka pada esok, dia yang turut dikenali sebagai Sekysss itu tidak mahu memberi jalan mudah buat Fnatic Onic meskipun merupakan juara liga MPL Filipina.
"Mereka adalah satu pasukan yang kuat di tempat tersendiri, jadi kami perlu memperbaiki supaya dapat menewaskan mereka," tambahnya.