MPL MY
Kejohanan Dunia M6: Mental ialah kunci utama kepada kejayaan Selangor Red Giants
Rekod tiga kekalahan dalam Kejohanan Dunia M6 menyaksikan ego Selangor Red Giants sedikit tercalar tatkala mahu ke peringkat akhir kejuaraan berprestij itu, musim ini.
Empayar Gergasi Merah masih mempunyai peluang kedua meskipun tewas kepada juara Filipina, Fnatic Onic, dalam perlawanan semalam.
SRG akan meneruskan api kemaraan di peringkat lower bracket bagi merealisasikan impian wakil negara pertama ke aksi akhir.
Iklan
"Mereka sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan daripada segi mental. Apa yang diterapkan ialah, mereka hanya memerlukan satu peluang untuk mengubah permainan.
"Apa yang mereka perlu lakukan untuk mendapatkan kemenangan? Mereka harus bersikap profesional.
"Kerana pada pendapat saya, apa yang mereka sudah buat ketika latihan, mereka harus tampilkan dalam aksi sebenar.
"Mereka mesti percayakan diri sendiri dan saling bekerjasama antara satu sama lain," kata pakar psikologi SRG, Philip Lew.
Must-Watch Video