MPL MY
Kejohanan Dunia M6: Kami tak mahu jurulatih marah -- Roamer Selangor Red Giants
Roamer Selangor Red Giants (SRG), Muhammad Qayyum Ariffin Bin Mohd Suhairi atau lebih dikenali sebagai Yums, optimis memberikan tumpuan penuh akan pesanan yang dititipkan jurulatihnya menjelang misi getir di pusingan suku akhir Lower Bracker Kejohanan Dunia M6, sebentar lagi.
Juara MPLMY S-13 itu menyingkirkan wakil Singapura, NIP Flash, 3-0 dalam pusingan kalah mati itu sekali gus menjadi wakil tunggal negara di kejohanan itu selepas cabaran Team Vamos terhenti semalam.
Anak buah Michael Angelo Bocado atau lebih dikenali sebagai Arcadia itu akan berdepan cabaran RRQ Hoshi pada jam 3 petang di IOI Grand Exhibition & Convention Center, Putrajaya, hari ini.
Iklan
Yums dan kecomelannya berpisah tiada??Goodluck to SRG lwn RRQ, 3pm ??????@ASTROARENA #M6LAYSIA pic.twitter.com/kVmUq3lBWp— karlnunis (@_karlnunis) December 11, 2024
"Saya tidak tahu mereka sudah kalah kerana saya tidak melihat perlawanan Team Vamos dan hanya melihat skor sahaja, jadi tidak memberikan kesan kepada saya.
"Kami akan beraksi seperti biasa, kerana jurulatih dah memberikan pesanan dan kami tidak mahu jurulatih marah kami.
"Pesanan dia adalah kekal fokus dan jangan terlalu teruja." katanya.
Must-Watch Video