Juara dunia, Selangor Red Giants (SRG), mengikuti jejak langkah Vamos apabila berjaya mendapatkan kemenangan pertama dalam peringkat swiss Kejohanan Dunia M6 di IOI City Mall, Putrajaya, sebentar tadi.

ULFHEDNAR menjadi mangsa sulung SRG dalam pertandingan tertinggi dunia itu susulan kebangkitan yang dipamerkan anak buah Arcadia yang tewas semalam.




Meskipun mengalami kesukaran pada awal permainan, namun trio mid SRG, Yums (Roamer), Stormy (Midlaner) dan Sekyss (Jungler), mengembalikan rentak kecemerlangan sehingga berhasil meraih 16 kills menewaskan pasukan lawan.