Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Dunia Boling Padang Dalam Dewan: Emma Firyana teruja buat kemunculan kembali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lawn-ball.jpg
Atlet boling padang negara, Emma Firyana Saroji, teruja membuat kemunculan kembali di Kejohanan Dunia Boling Padang Dalam Dewan di Aberdeen Scotland bermula April ini.

Begitupun, dia mengakui masih berasa gemuruh dalam penampilan pertamanya di kejohanan itu.

Pengalaman lalu beraksi di kejohanan besar jelas memberikan sedikit momentum itu dengan menyifatkan latihan dan kapasiti teknik serta pendekatan taktikal perlu digunakan sebaiknya bagi membawa pulang kilauan pingat.

"Boling padang ini bukan hanya bermain di atas padang tetapi ia juga bermain dengan minda, bulan puasa saya banyak tengok perlawanan di YouTube untuk memberikan semula corak permainan yang pernah dibuat.

"Saya tidak menjanjikan pingat tetapi matlamat saya akan buat untuk diri sendiri dan saya tahu apa yang perlu dibuat." katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Untuk rekod, hanya tiga atlet yang akan disenarai pendek dan disahkan bakal menyertai kejohanan itu iaitu Farah Ain Abdullah, Emma Firyana Saroji dan Haiqal Azimi Azmi yang bakal membawa cabaran Malaysia di Scotland nanti.

Advertisement

Must Watch Video