Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Boling Padang Dunia Dalam Dewan: Emma Firyana buktikan sentuhan masih berbisa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

emma.jpg
Nama 'Emma Firyana Saroji' kembali bergema di pentas dunia selepas dia membuktikan bahawa dirinya masih berbisa selepas meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Boling Padang Dunia Dalam Dewan di Scotland 2025.

Meskipun menghadapi kekangan masa untuk turun ke pusat latihan atas faktor komitmen sebagai penjawat awam, dia enggan melihat ia sebagai alasan untuk tidak tampil dengan prestasi cemerlang terutama dalam pentas antarabangsa.

Tambahnya, saingan daripada pemain muda jelas tidak dapat dinafikan tetapi dia tekad untuk mengambil inisiatif dengan membuat penelitian corak permainan daripada beberapa pemain terlebih dahulu sebagai teknik memperkemaskan balingan.

"Kali terakhir beraksi buat skuad kebangsaan pada 2022, jadi pada tahun 2023-2024 saya tiada, tetapi saya cuba untuk menempatkan diri semula dalam pasukan Malaysia.

"Di sini saya ambil peluang untuk naikkan semula nama saya." katanya.

Advertisement

Must Watch Video