Menjelang Kejohanan Bola Jaring Remaja Dunia 2025 di Gibraltar yang akan berlangsung pada September ini, kapten pasukan, S. Pavitrah, mengakui gementar selepas diberi kepercayaan menjadi ketua pasukan.
Bagi Pavitrah, perasaan itu tidak akan mengganggu segala persiapan pasukan lebih-lebih lagi barisan pemain yang dipanggil sudah kenal antara satu sama lain hasil daripada perjuangan di Netball Super League (NSL).
Sementara itu, pembantu kapten, Siti Nur Hidayatul Akhma Suhaimi, satu-satunya pemain yang bermain dalam skuad 2023 membantu Malaysia ke kejohanan dunia remaja, berharap mereka dapat membina persefahaman yang baik dalam baki sebulan lagi sebelum ke kejohanan.