Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mengekalkan rekod bersih untuk bergelar juara dalam Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2024 menewaskan Pahang 74-52 di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
Pahang terlebih dahulu memberikan tentangan sengit dan cuba mengejar ke mata 18-14, namun penguasaan bola lebih terarah kepada pasukan tuan rumah.
30 minit pertama permainan menyaksikan jaringan pemain kebangsaan, Puteri Intan Balqis, memberi kelebihan buat WPKL dengan kedudukan 38-25.
Jurang pungutan mata Pahang yang terpisah jauh sukar menghasilkan kebangkitan untuk memintas skuad kendalian Husna Hussin Ali.
Najmi Iman
Sun Dec 22 2024