Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Bola Jaring Asia: Malaysia sudah bersedia -- Fariha

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

netball-malaysia.jpg
Menjelang Kejohanan Bola Jaring Asia yang akan berlangsung di Bangalore, India  pada 17 sehingga 28 Oktober 2024 skuad negara tampak bersedia sepenuhnya untuk beraksi di edisi kali ini.

Fariha Razak selaku ketua pasukan bola jaring negara menyatakan bahawa aksi pertama Kumpulan A bertemu Jepun dijangka memihak Malaysia kerana kesemua pertemuan dengan negara Matahari Terbit itu jelas memihak pasukan negara sebelum ini.

Untuk rekod, Malaysia telah diundi bersama dengan skuad tuan rumah India selain Sri Lanka, Filipina, Maldives, Jepun dan Arab Saudi dalam saingan Kumpulan A. 

Advertisement

Must Watch Video