Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Bola Jaring Asia: Nurshamilia yakin dengan kemampuan Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nurshamilia.jpg
Skuad bola jaring negara berlepas ke Singapura hari ini untuk menghadapi Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 yang bakal membuka tirai Sabtu ini.

Nurshamilia Md Samsudin, selaku antara pemain senior dalam pasukan mempunyai optimis Malaysia mampu menjuarai Kumpulan C.

Keyakinan itu hadir apabila Nurshamilia mengakui Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri untuk berdepan Brunei dalam perlawanan pertama, diikuti Taiwan.

"Berdasarkan undian, saya yakin dengan kemampuan Malaysia bertemu Brunei saya percaya ia mampu diterjemahkan dengan kemenangan," katanya.

Pemain berusia 30 tahun berkenaan mula bersama skuad negara sejak tahun 2011 lalu, namun menyepi seketika pada 2015 sebelum kembali bersama pasukan dalam musim ini.

Nurshamilia mahu membalas kepercayaan ketua jurulatih, Lisa Beehag, yang memberi kepercayaan selepas melihat prestasinya di Netball Super League (NSL) Mei lalu.

Advertisement

Must Watch Video