Skip to main content

Bola Jaring

Kejohanan Bola Jaring Asia: Malaysia mulakan kempen dengan nota cemerlang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

netball-malaysia-brunei_1.jpg
Skuad bola jaring negara memulakan kempen Kejohanan Bola Jaring Asia dengan rentak cemerlang selepas membelasah Brunei 78-22 di Singapura sebentar tadi.

Dalam aksi pembukaan Kumpulan C itu, Malaysia mendominasi sejak dari awal permainan dan gandingan tiga penyerang, An Najwa Azizan, Nordiyanah Nor Sabadinee dan Khairunissa Nazri, menyumbat masuk 18 jaringan berbanding enam yang dilakukan Brunei sepanjang suku pertama.

Aksi dalam suku kedua menyaksikan skuad negara melebarkan jurang mata dengan mendahului 41-11 sebelum menamatkan suku ketiga di kedudukan 59-16.

Malaysia kemudian menamatkan aksi pertama itu dengan kemenangan bergaya, skali gus menjadi tonik terbaik menjelang aksi kedua menentang Taiwan, Isnin ini.


*Kredit foto: Netball Singapore
 

Advertisement

Must Watch Video