Skip to main content

Bola Jaring

Kejohanan Bola Jaring Asia: Malaysia kembali ke landasan kemenangan tewaskan Hong Kong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-hong-kong-netball-asian-championship_1.jpg
Skuad bola jaring negara kembali ke landasan kemenangan dalam pusingan kedua Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 selepas menewaskan Hong Kong 55-46 di Arena OCBC Singapura sebentar tadi.

Selepas tewas tipis 53-55 kepada pilihan utama, Sri Lanka, semalam, Malaysia terpaksa melakukan kebangkitan untuk meraih kemenangan pertama dalam pusingan 'round-robin' itu.

Mempertaruhkan Puteri Intan Balqis Ahmad Dzulkefli dan Khairunissa Nazri di bahagian serangan, pasukan bimbingan Lisa Beehag itu, bagaimanapun, ketinggalan 10-14 pada penghujung suku pertama sebelum Hong Kong terus mendominasi 25-21 menjelang waktu rehat separuh masa.

Namun, percaturan memasukkan An-Najwa Azizan dalam suku ketiga mula membuahkan hasil untuk Malaysia memintas di kedudukan 37-36 menuju penamat suku berkenaan.

Malaysia kemudian meneruskan dominasi dalam suku terakhir untuk mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan E itu dan untuk sementara berada di tangga kedua menjelang pertemuan Sri Lanka dan Singapura sebentar lagi.

Skuad negara seterusnya akan menamatkan aksi round-robin itu dengan menentang Singapura petang esok.

 

Advertisement

Must Watch Video