Lucas Bjerregaard merakamkan kejayaan pertama untuk menjulang gelaran Jelajah Eropah di Portugal Masters selepas mempamerkan prestasi cemerlang pada hari terakhir.
Pemain golf Denmark itu beraksi di bawah tekanan di Vilamoura, memasuki kejohanan ini dengan berusaha untuk memastikan haknya untuk bermain, tetapi mengakhiri kejohanan 20 di bawah par selepas melakukan lapan pukulan birdie, semalam.
Persembahan cemerlangnya pada pusingan akhir meletakkan dirinya dengan kelebihan empat pukulan ke atas Marc Warren dari Scotland manakala pemain golf dari England, Graeme Storm dan Eddie Pepperell, terikat pada 15 pukulan di bawah par.
Bjerregaard memulakan hari dengan persembahan cemerlang pada lubang kelapan dengan kelebihan empat pukulan, melakukan bogey pada lubang ke-9 sebelum kembali mendapatkan rentak apabila berjaya melakukan pukulan birdie pada lubang ke-10 dan 11, sekaligus kembali di hadapan sehingga penghujung saingan.
"Hari ini merupakan antara persembahan terbaik yang pernah saya lakukan," kata Bjerregaard.
"Saya beberapa kali menghadapi kesukaran dalam saingan kali ini sebelum berjaya mencari rentak dan ia merupakan kemenangan pertama saya dalam Jelajah Eropah."