Kejayaan pelari pecut negara, Azeem Fahmi, memecahkan rekod 60m kebangsaan dalam Kejohanan Jemputan Tiger Paw di California hari ini merupakan satu petanda baik, kata Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard.
Azeem memperbaharui rekod kebangsaannya dengan catatakan masa 6.60 saat untuk mengatasi rekod 6.62 saat yang dilakukannya dalam kejohanan sama dua tahun lalu.
Ballard, ketika ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata: "Sudah pasti ia satu petanda baik untuk apa yang dicarinya di luar sana.
"Jika dia dapat mencari keadaan yang sesuai untuk acara di luar dewan, kita akan dapat lihat purata masa yang jauh lebih baik dalam acara 100m berbanding apa yang Azeem pamerkan tahun lalu.
"Catatan 6.60s menunjukkan dia sememangnya berada di landasan untuk kembali ke prestasi terbaiknya atau menjadi lebih baik.
"Semuanya perlu selaras. Dapatkan suasana yang tepat, keadaan trek yang betul dan pilih kejohanan yang sesuai.
"Dengan adanya pengurusan yang baik di bawah universiti dan jurulatihnya, selain program nasional, kita akan benar-benar teruja.
"Dia akan membantu memberikan motivasi buat pelari dalam program kebangsaan dan harap-harap dia akan memotivasikan semua atlet lain juga," katanya.