Skip to main content

Sukan Lain

Kehilangan jurulatih tercinta, anak Rita Rudaini tetap bergelar juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

anak-rita-rudaini.jpg
Bintang muda olahraga, Airit Rayyan Rizqin, mengekalkan rekod cemerlangnya apabila dinobatkan sebagai juara dalam acara 100 meter kategori Lelaki Bawah 16 Tahun dalam kejohanan Shah Alam Sprint Challenge di Stadium Panasonic, Shah Alam pada 4 Mei 2025.

Rayyan yang mewakili Harun Running Club (HRC) membuktikan keupayaan sejak awal apabila mendahului peringkat separuh akhir dengan catatan masa 11.32 saat. 

Dia kemudian mengulangi prestasi gemilang itu di pentas akhir dengan masa 11.49 saat, sekali gus menewaskan barisan pelari dari pasukan ternama seperti Gombak Titans dan DNO KL.

Kejayaan ini amat menyentuh hati kerana Rayyan hanya sempat menjalani latihan selama sebulan bersama jurulatih tersayang, Allahyarham Coach Harun Rasheed, sebelum pemergian jurulatih itu. 

Menurut ibunya, pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini, Rayyan menghadapi cabaran emosi yang besar, namun tetap meneruskan latihan berpandukan pelan asal yang ditinggalkan arwah.

“Dia betul-betul down dan lost masa kehilangan arwah Coach Harun… Tapi dia kuat, dia teruskan juga ikut plan arwah. Mommy dan parents HRC sentiasa ada di belakang dia,” kata Rita dalam satu hantaran di Instagram.

Kemenangan itu bukan sahaja menonjolkan potensi besar Rayyan sebagai atlet masa depan negara, malah menjadi simbol semangat juang seorang anak muda dalam menghadapi kehilangan dan tekanan.
 

Advertisement

Must Watch Video