Kehangatan Liga Bola Tampar Malaysia semakin dirasa apabila setiap pasukan mempamerkan kemahiran masing-masing semasa uji gelanggang.
Saingan yang telah lama menghilang selama 10 tahun ini kini kembali menghidupkan semula semangat juang pasukan yang bakal menyaksikan perlawanan pertama Selangor Lion menentang Kuala Lumpur Shark esok.
Selangor lion terdiri daripada lima pemain kebangsaan, antaranya Sim Jian Qin, Shon Ngiap Shyang dan juara Sukan Sekolah Asia 2018, Khairol Shazrime Shamsaimon, yang juga dinobatkan anugerah pemain terbaik (MVP) dan 'setter' terbaik.
Selain itu, turut disertai tiga pemain import dari skuad kebangsaan Sri Lanka mampu memperkuatkan barisan sekaligus menyaksikan pasukan itu digeruni ramai.