Perlumbaan kadangkala bukanlah tentang siapa dahulu dan siapa terkemudian, bahkan ada misi tertentu secara peribadi telah ditetapkan oleh seseorang untuk mencapai sesuatu.
Barangkali itu yang difikirkan dan dalam diri seorang peserta larian marathon yang menyertai acara Twincity Marathon 2025, Samsul Bahari Adanan, baru-nbaru ini.
Walaupun muncul selaku peserta terakhir yang menamatkan larian, namun kekentalan dan keazaman yang ditunjukkan oleh peserta itu untuk menamatkan larian tersebut dengan apa cara sekalipun mendapat pujian ramai.
Samsul menyertai acara larian sejauh 42.195 kilometer dengan penuh semangat walaupun dia tahu bahawa dirinya bukanlah peserta yang menyertainya untuk muncul selaku juara.
Namun, semangat kesukanan yang ada dalam dirinya itu menyebabkan dia tidak pernah mengaku kalah untuk menamatkan larian tersebut dalam masa lapan jam.
Samsul juga tidak menyangka ketika keazaman itu dilaksanakanya dia akhirnya diberi sokongan luar biasa oleh krew pertandingan tersebut.
Kira-kira 150 marshal yang bertugas ketika itu bertindak beramai-ramai berkumpul untuk mengiringinya sambil memberikan sokongan moral dan semangat untuk Samsul melakukan langkahan hingga dia akhirnya mampu melintasi garisan penamat.
Ketika semua peserta telahpun lama berehat selepas masing-masing selesai menamatkan acara tersebut namun ia tidak sesekali melenturkan kegigihan Samsul yang nyata menggamit mereka yang berada di situ untuk memberi sokongan kepadanya.
Tahniah dan syabas Samasul!