Bekas juara dunia silat 2016, Razak Ghazali, mengambil keputusan untuk bersara selepas berdepan kecederaan yang berpanjangan bagi musim 2018.
Gegaran otak yang dialami tahun lalu masih lagi memberikan kesan kepada Razak hingga memaksa dirinya terlepas saingan Sukan Asia dan Kejohanan Silat Dunia.
"Kecederaan ini merupakan faktor utama saya mengambil keputusan untuk bersara," katanya.
"Sewaktu menjalani rawatan, terdapat kesan sampingan yang masih saya hadapi yang mengganggu tahap keyakinan saya untuk kembali ke gelanggang."
Persaraan Razak daripada bergelar atlet silat negara membuka ruang kepadanya untuk terus mencurahkan pengalaman serta ilmu kepada pesilat PDRM selepas beliau kini dilantik selaku ketua jurulatih.
"Selepas saya meluahkan hasrat untuk bersara daripada bergelar atlet silat, saya menerima tawaran untuk menjadi jurulatih skuad silat PDRM. Saya sangat berbesar hati kerana dapat terus berbakti dalam sukan ini."